PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2021

Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Permohonan UPUOnline Ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti  Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2020/2021 dibuka kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf pada 24.2.2020. 

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31.3.2020
Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020



Lepasan SPM

  • Terbuka kepada kategori A (SPM 2019) dan Kategori B (SPM 2018 & 2017)

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara

  • Peringkat pengajian sijil, asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda

  • Program pengajian di Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam

Rujuk syarat di e-Panduan



Lepasan STPM / SETARAF


  • Terbuka kepada lepasan STPM 2019, Matrikulasi KPM/Asasi PASUM/Asasi UITM (tahun semasa), STAM 2019 dan 2018, dan Diploma/Setaraf

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ My Kad yang sah dan diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara

  • Menyambung ke peringkat pengajian ijazah sarjana muda di UA

  • Program pengajian di 20 Universiti Awam diseluruh Malaysia

Rujuk syarat di e-Panduan


rujuk web rasmi  http://upu.moe.gov.my/web