KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.
Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan, membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Hingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak
RM8,493,103.48.

Sumber Rasmi : BERITA HARIAN