Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2020 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negeri. Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina karier sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2020.


Maklumat Permohonan PISMP 2020


Permohonan Guru IPG PISMP 2020 akan di buka pada 24 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020. Rujuk iklan permohonan di bawah:




Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka


Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.(Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  3. Calon mesti sihat tubuh badan.
  4. Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  7. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Pendidikan Islam
Matematik
Sains
Pendidikan Khas
Bahasa Arab
Pendidikan Muzik
Sejarah
Pendidikan Jasmani
Rekabentuk dan Teknologi
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Bimbingan dan Kaunseling

Bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Pengenalan PISMP 2020


Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2020, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.





Cara Memohon Online






-Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.

-Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.

-Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.

-Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).

-Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.

-Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2020 atau download iklan penuh permohonan Guru PISMP di bawah.

IKLAN JAWATAN


INFO TERKINI :