Download Borang Kemaskini & Permohonan Baru BSH Secara Online
Permohonan BSH 2020 Secara Manual Menggunakan Borang.





Selain dari permohonan BSH secara online, pengguna juga boleh mengisi borang BSH yang disediakan dan mengemukakan permohonan secara manual. Anda boleh download borang BSH melalui pautan disediakan di bawah.

Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH 2020 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH.

Setelah borang permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Download Borang BSH Online


Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

-Borang Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat
-Borang Kemaskini Maklumat Asas BSH

Selain dari borang di atas, anda juga perlu download borang-borang berkaitan di bawah:

-Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok
-Borang Pembatalan BSH
-Borang Serahan Dokumen Sokongan
-Borang Kemaskini Maklumat Waris

Semua borang ini boleh diserahkan ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mengemukakan Permohonan BSH



Antara dokumen yang diperlukan ketika mengisi borang Bantuan Sara Hidup:


Pemohon

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Pasangan

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir

Anak

  1. Salinan Sijil Lahir
  2. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan JPN (bagi anak angkat)


Semakan Permohonan BSH Anda
Pembayaran BSH fasa kedua akan dibuat pada bulan Mei manakala fasa ketiga pada bulan Ogos nanti.


Semakan status permohonan anda boleh dilakukan sama ada di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup. Selain itu, anda juga boleh lawati Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk maklumat terkini BSH.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 untuk semakan status permohonan.